Sunday, 6 July 2014

ISU PEMBERSIHAN PENGEMIS : GELANDANGAN SEBAR FITNAH RUMAH KU NAN TERBAKAR ???!!!


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan laporan yang menyatakan rumah beliau terbakar.

“Mana ada rumah saya terbakar. Ya Allah… satu lagi fitnah kenapa suka fitnah saya? Ramai yang telefon saya, saya terkejut, saya baru pulang dari KB (Kota Bharu),” katanya menerusi tulisannya di Twitter pada Sabtu.

Tengku Adnan dalam satu kenyataan di Facebook pula berkata, laporan seperti itu bukan perkara yang boleh dijadikan sebagai gurauan.

“Ini bukan perkara yang boleh dibawa main. Sudah-sudahlah, kita cari jalan penyelesaian bukan dengan cara begini,” katanya.


Laporan yang disebarkan di blog dan media sosial itu mengelirukan ramai berikutan insiden rumah Setiausaha Agung Umno itu di Taman Duta, Kuala Lumpur yang nyaris musnah terbakar apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar, sebenarnya berlaku tiga tahun lalu pada 2011.

Khabar angin itu timbul selepas Tengku Adnan mengumumkan bahawa Soup Kitchens yang menyediakan makanan dan minuman kepada golongan gelandangan tidak lagi dibenarkan beroperasi di sekitar radius 2 kilometer dari Lot 10 di Kuala Lumpur.


Tengku Adnan bagaimanapun menafikan sekerasnya-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan apabila melarang masyarakat awam memberi makan dan menderma kepada golongan gelandangan.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di ‘Anjung Singgah’. – mstar.com.my

Nota  :  Bulan Ramadhan yang mulia ini.... siapakah yang menambahkan dosa dengan menyebar fitnah? Adakah puak kafir, adakah puak2 lawan politik beliau atau adakah puak gelandangan itu sendiri? Sekadar bertanya ....bukan menuduh!

No comments:

Post a Comment