Sunday, 27 July 2014

FITNAH !!!. POLIS BURU INDIVIDU SEBAR BERITA RAJA MUDA SELANGOR MURTAD !!!


Polis, SKMM siasat pihak sebar berita palsu

Kuala Lumpur : Polis menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, keluar agama Islam dan memeluk Kristian Katolik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihak Istana Selangor ada menghubunginya semalam, dan memaklumkan berita yang tersebar itu adalah palsu.



 “Kita sudah menerima satu laporan berhubung kes ini di Selangor dan kita bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengesan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini.

“Perkara tidak betul ini bukan saja merunsingkan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan kerabat diraja, malah merunsingkan masyarakat yang akan tertanya-tanya perkara ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media majlis pemakaian pangkat dan pelancaran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) di sini, semalam.


Polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan.

Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial. Pihak istana sudah pun memaklumkan kejadian berkenaan dan menafikan perkara tersebut.

“Setakat hari ini (semalam), saya baru dimaklumkan terdapat satu laporan berkenaan kejadian terbabit.

“Perkara ini bukan sahaja akan merunsingkan pihak istana, bahkan ia juga akan merunsingkan masyarakat yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjejak pemilik akaun laman sosial berkenaan.

Sebelum ini, PDRM sudah pun menguar-uarkan mengenai penyalahgunaan laman media sosial, tapi masih ada lagi individu yang degil.

“Individu ini sengaja hendak menimbulkan suasana kacau-bilau,” katanya.

Memetik laporan sebuah portal, semalam laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna internet mendakwa Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu.

No comments:

Post a Comment