Saturday, 12 July 2014

BLOGGER PADI JANTAN DIBURU POLIS ???


Berikut adalah seperti apa yang ditulis oleh MEDAN TEMPUR KEDAH :

Kecoh di laman FB semalam dengan tindakkan seorang facebooker bernama Padi Jantn telah mengeluarkan kata kata berbaur ugutan terhadap YAB Menteri Besar Kedah dan Ketua Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Kedah.

Status Padi Jantn di Facebook :


"Jika sesiapa yang sanggup bagi aku Pistol dan Peluru nescaya aku akan Tembak Mampos dua makhluk ini sebelum aku tembak Sonny Ho si Kafir Harbi.. InsyaAllah"
" Dengan puak ni bukan boleh cakap dengan facebook bro!..  Kena cakap dengan peluru"


Apa yang Padi Jantan buat bukan saja ugutan jenayah terhadap YAB Menteri Besar Kedah malah, mengancam keselamatan beliau

Isu yang diperjuangkan oleh PJ iaitu tanah wakaf Madrasah Salihiah tak salah, tapi PJ mengaitkan isu itu dengan Menteri Besar Kedah sekarang, sedangkan tanah itu dijual oleh Pimpinan Pas.. Semua orang tahu tanah itu diubah milik oleh kerajaan Pas dahulu..

Selepas laporan Polis dibuat terhadap Padi Jantn sejak petang semalam, PJ mula mencabar pihak polis supaya menahannya dan tak kisah jika Polis menembaknya sekalipun..





Namun aku difahamkan pihak polis tlah menyerbu rumahnya di Alor Star tetapi PJ sebenarnya sudah lama tiada di Kedah dan menetap di Lembah Klang..

Masih tiada lagi tangkapan dibuat setakat ini.. Kepada Padi Jantan, serah diri saja untuk polis ambik keterangan..





Nota : Berikut adalah apa yang dipaparkan oleh padijantan  di blog miliknya.....





Padi Jantan kononnya nak memperjuangkan tanah wakaf yang telah dijual kepada seorang usahawan berbangsa cina, tapi tersilap langkah apabila tanah tersebut sebenarnya dijual semasa zaman PAS memerintah Kedah iaitu pada tahun 2011 dan kini pembinaan sedang dilakukan diatas tanah tersebut.

Padi kononnya meminta kerajaan negeri menebus kembali tanah tersebut dengan membayar pampasan atau membeli kembali tanah yang dimaksudkan tapi seperti biasa..kalau tuan punya tanah atau pemilik baru tidak mahu mengembalikan tanah tersebut, maka tidak ada sesiapa mampu untuk berbuat apa apa.

Menurut apa yang diketahui, pihak madrasah salihin telah menerima pampasan sebanyak 1.4 juta ringgit serta sebidang tanah sebagai ganti kepada tanah yanh di beli oleh seorang lelaki cina dari Pulau Pinang.

Kalau dah macam tu nak kata apa lagi? Madrasah tu sengaja nak cari untung atau si Padi ni yang memang bengong atau mungkin ada janji yang telah dibuat oleh Padi kepada pihak madrasah berkenaan hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan. - sangkakalajari9


Muhamad Taufik Ali atau Padi Jantan

No comments:

Post a Comment