Monday, 7 July 2014

BAPA PUKUL MAUT REMAJA INGIN BEKERJA MEMBANTU KELUARGA DITAHAN POLIS

Post Pic

ALOR GAJAH : Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh anaknya menggunakan sebatang kayu, awal pagi tadi. 
 
Suspek yang berusia 52 tahun ditahan kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah rumah sewa di Jalan Melekek, Kampung Padang di sini. 
 
Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan. 
 
Suspek sebelum ini dipercayai melarikan diri selepas memukul anak sulung daripada 10 beradik itu kerana bertanyakan mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik. Baca selanjutnya... di sini
 
Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mangsa Muhamad Hafiz Abdul Ghani, 17, menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebaliknya remaja itu maut dipukul bertubi-tubi oleh bapanya dengan sebatang kayu di Kampung Jawa di sini. 
 
Mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 9 malam hingga 4 pagi semalam akibat dipukul dengan objek keras - antarapos

No comments:

Post a Comment