Wednesday, 16 July 2014

19 MASIH HILANG BOT BAWA PATI BALIK INDONESIA LANGGAR KAPAL APMM


JOHOR BAHRU: Dua lemas dan 19 masih hilang selepas sebuah bot membawa 80 pendatang tanpa izin berlanggar dengan kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Malaysia di perairan Tanjung Piai dan karam.


APMM sedang menjalankan operasi untuk menangkap pendatang tanpa izin apabila kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.33 pagi Selasa.

Difahamkan bot itu sedang membawa pendatang tanpa izin ke Indonesia.

Dua mayat telah ditemui dan 10 mangsa yang terselamat telah dihantar ke hospital yang terdekat.
APMM telah melancarkan misi mencari dan menyelamat untuk mencari penumpang yang masih hilang.

-mStar

No comments:

Post a Comment