Monday, 9 June 2014

UPACARA PENGKEBUMIAN WANITA CINA DISERBU JAIPP


JIKA sebelum ini sebuah majlis perkahwinan di dalam kuil membabitkan wanita berbangsa India telah diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas dakwaan bahawa wanita tersebut beragama Islam seperti yang tercatat di dalam dokumen pengenalan dirinya, yang terbaru pulak berlaku di negeri di bawah kerajaan Lim Guan Eng.....


GEORGE TOWN -  Satu majlis pengebumian Cina di sebuah apartment di Jalan Macallum dihadiri oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) bagi "menuntut" mayat si mati yang didakwa telah memeluk Islam.

Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, didakwa telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah.

Ahli keluarga dan saudara-mara si mati terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipp ketika upacara pengebumian sedang dijalankan pada tengah hari.

Upacara perarakan penguburan dijadualkan akan dilakukan selepas itu.

Selepas rundingan dilakukan selama beberapa jam, keluarga Teoh membenarkan para pegawai untuk menuntut jenazah tersebut.

Jenayah dibawa ke dalam sebuah van kepunyaan Jaipp pada kira-kira pukul 3.50 petang.

Difahamkan jenazah itu dibawa ke rumah mayat sementara menunggu perkembangan selanjutnya.

Ahli keluarga si mati berkata, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Dilaporkan bahawa kematian Teoh disebabkan dia terjatuh dari blok apartmentnya pada Sabtu lalu.

Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan mempunyai teman lelaki beragama Islam.

No comments:

Post a Comment