Wednesday, 18 June 2014

TRAGEDI TONGKANG BAWA PATI KARAM DI PERAIRAN BANTING, SELANGOR


66 hilang tongkang bawa pendatang karam di perairan Banting
ANTARA 31 mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang tanpa izin, karam di perairan Sungai Air Hitam, di Banting, tengah malam tadi. - Foto NSTP

SHAH ALAM : Sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang tanpa izin, karam di perairan Sungai Air Hitam, di Banting, tengah malam tadi.

Embedded image permalink
 (UPDATE ) Keadaan bangkai tongkang yang karam.  Kredit foto : twitter
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu, seramai 31 pendatang tanpa izin berjaya diselamatkan, manakala baki 66 orang lagi masih hilang. 

Operasi menyelamat sedang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dengan dibantu oleh anggota Bomba dan Penyelamat Banting. 

Difahamkan, tongkang berkenaan turut membawa wanita dan kanak-kanak dan dipercayai memasuki Malaysia menerusi Selat Melaka secara haram.

Sementara itu, jurucakap APMM berkata, setakat ini tiga bot penyelamat sudah dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan kerja mencari dan menyelamat.


*******************************************



UPDATE 1 :

BANTING 18 Jun - Mayat seorang mangsa bot karam di perairan Kuala Langat, tengah malam tadi, ditemui nelayan tempatan berhampiran sebuah kapal korek di muara Sungai Langat, kira-kira 10.53 pagi tadi.
Kira-kira 10 minit sebelum itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui bot yang karam juga berhampiran muara sungai berkenaan. 
Sementara itu, tiga lagi lelaki penumpang bot berkenaan berjaya diselamatkan di West Estate Pulau Carey, dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi. 
Ini menjadikan setakat jam 12.30 tengah hari tadi, 58 daripada 97 penumpang di dalam bot berkenaan sudah diselamatkan, satu mayat ditemui dan 38 lagi masih hilang. 


****************************************************

UPDATE 2 :

Pulau Carey, 18/6/2014 : Usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan oleh pihak berkuasa di lokasi tragedi, 2 batu dari Sungai Air Hitam, Banting. 

Tongkang malang berkenaan dipercayai membawa 97 pendatang tanpa izin (PATI) untuk masuk secara haram melalui jalan laut. Mengikut maklumat dari pihak berkuasa, panggilan kecemasan berhubung dengan tragedi berkenaan diterima pada jam 12.24 malam tadi. Jentera menyelamat dihantar kira-kira 30 minit selepas menerima panggilan tersebut.

Sementara itu, bot Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, bahagian Pencegahan Penyeludupan telah berjaya menyelamatkan 31 orang mangsa dan dibawa ke Pelabuhan Klang kira-kira pada jam 3 pagi.

24 lagi mangsa yang terselamat dijumpai di Ladang Division 4 Sime Darby, Pulau Carey oleh sepasukan polis bantuan.

Sehingga jam 4 petang tadi, seramai 61 mangsa berjaya diselamatkan, sementara 8 daripadanya disahkan meninggal dunia akibat lemas. 29 lagi mangsa dipercayai masih hilang, termasuk seorang bayi yang berumur 5 bulan.


**************************************

UPDATE  3 :


BANTING : Siasatan awal polis mendapati muatan penumpang berlebihan adalah antara punca bot yang membawa 97 warga Indonesia karam di kira-kira dua batu nautika dari Sungai Air Hitam di Pulau Carey awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abd Razak berkata, bot seumpama itu biasanya boleh membawa penumpang hanya kira-kira 40 hingga 50 orang.

Katanya, bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Kita sedang menjalankan gerakan mengenal pasti punca kejadian, siapa pemilik sebenar bot tersebut, destinasi dan bagaimana proses perjalanan ini berlaku sehingga berlakunya kejadian ini… difahamkan semasa kejadian ada berlaku ribut,” katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Katanya, setakat ini seorang mangsa ditemui mati, manakala 61 lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan ditemui selamat.

“Mayat dihantar ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah manakala mereka yang terselamat disiasat oleh Kastam Diraja Malaysia dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyuludupan Migran 2007.

“Kemungkinan baki mangsa yang belum ditemui untuk hidup adalah tinggi memandangkan kejadian ini tidak sampai tempoh 24 jam dan paras air di kawasan berkenaan tidak dalam.

Beliau berkata kesemua mangsa yang ditemui tidak memakai jaket keselamatan.

“Anggaran usia para penumpang antara enam tahun dan 60 tahun dan identiti sebenar mereka akan dikenal pasti selepas proses dokumentasi dijalankan,” katanya.

Ketika ini usaha mencari dan penyelamat baki mangsa dianggarkan 34 orang sedang giat dijalankan dan operasi meliputi kawasan di pesisiran pantai Daerah Kuala Langat iaitu kira-kira empat batu nautika dari tempat kejadian, katanya.

Operasi disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Kuala Langat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Nelayan.

APMM juga menggunakan helikopter jenis AW139 dalam operasi itu.

No comments:

Post a Comment