Tuesday, 17 June 2014

POLIS NAFI SEBAR GAMBAR PESALAH TERLEPAS DARI LOKAP

alt

KUALA LUMPUR, 16 Jun  :

 Polis menafikan sekeras-kerasnya menyebarkan gambar seorang lelaki yang didakwa terlepas dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata, gambar berkenaan adalah palsu dan tidak benar.

Gambar lelaki itu, yang kini tersebar di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp , kononnya suspek terlibat dalam jenayah bunuh, samun bersenjata dan rogol yang dipercayai berada di sekitar Keramat, Wangsa Maju dan Setiawangsa.

"Jika benar suspek terlepas dari lokap IPD Ampang sudah tentu pihak polis akan membuat pemburuan secara besar-besaran atau membuat sekatan jalan bagi menangkap lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai berita itu dan menasihatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menyebarkan berita sebegini kerana mendatangkan kerisauan pada orang ramai.

No comments:

Post a Comment