Tuesday, 3 June 2014

MAKANAN HALAL SENGAJA 'DICAMPUR' UNSUR BABI UNTUK 'MENGHITAMKAN' HATI ORANG ISLAM ???


RIDHUAN TEE telah menulis di dalam blognya... juga telah diterbitkan di dalam Sinar Harian.  Ikutinya :

Analogi badminton saya digunakan ultra kiasu sepenuhnya untuk menyerang peribadi saya habis-habisan, sedangkan artikel tersebut telah dihantar kepada Sinar Harian seminggu sebelum Piala Thomas. Saya pun tidak tahu Malaysia masuk final, kecuali pada hari tersebut. Saya hanya respon kepada artikel seorang editor yang menyerang saya.



Ultra kiasu menelanjangkan segala latar belakang dan kelemahan saya. Ada yang menuduh saya menyokong Jepun. Ada aku kisah! Janji, saya kenal diri, tahu arah tujuan dan matlamat hidup di bumi tercinta ini. Buatlah apapun. Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT.



Sejak dahulu lagi saya berpesan, jangan percayakan ultra kiasu, yang saya rujuk kepada mereka yang menentang Islam dan sentiasa mahu menang. Kita terus bersangka baik. Hari ini mereka memasukkan babi dalam makanan kita (coklat).

Apa tujuan mereka? Tidak sengaja melakukannya? Mereka sengaja mahu menghitamkan hati kita semua agar tidak sensitif lagi dengan Islam. Selepas itu, mudahkan mereka memasukkan jarum jahatnya itu. Akhirnya kita bertelingkah sesama sendiri. Mereka menangguh di air keroh.
Produk ini pada mulanya dikesan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...tetapi kemudiannya disahkan tidak mengandungi unsur haram tersebut selepas JAKIM membuat analisa


Kita mesti bertegas, tanpa kompromi lagi. Tidak perlu bakar kilang ini seperti mana cadangan ekstrim sesetengah pihak. Tarik balik lesen. Tutup kilang coklat ini. Malaysia tidak akan bankrap jika mengambil tindakan ini.

Perkara ini amat penting untuk dijadikan pengajaran kepada syarikat lain. Jika tidak, pasti ultra kiasu akan menjadi lebih berani. Saya bimbang, hari-hari nanti, kita makan babi, walaupun bukan dalam bentuk babi sebenar.

Sebab, rata-rata ultra kiasu adalah pengeluar, kita pula adalah pengguna. Pendek kata, selagi mana kita bukan pengeluar, selagi itulah sukar untuk mendapat makna halal sepenuhnya. Halal bukan hanya soal babi, tetapi juga soal kebersihan dan kesuciannya, termasuk tahap keracunan.

Misalnya, di Singapura, ultra kiasu amat berhati-hati menyalurkan makanan mentah kepada rakyat di sana. Kadar racunnya (pesticides) pada tahap minimum, kerana mereka tahu, ia akan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan di sana.

Kita di sini lain pula. Ada ditemui, kandungan racun begitu tinggi. Maknanya, ultra kiasu beri yang terbaik kepada ultra kiasu Singapura. Kita diberi racun agar cepat mati dan menderita sakit.

Saya setuju dengan respon bekas mufti Perlis, Dr Maza, bahawa dosa termakan babi tidaklah sebesar makan rasuah, riba dan lain-lain. Saya tambah, tidak berdosapun jika tidak sengaja termakan, sebab tidak tahu. Itulah jawapan saya selepas insiden ini, kepada setiap persoalan yang ditanyakan. Amat kelakar sekali ada yang berpandangan, kita perlu meminum air tanah untuk menyamak perut.

Malah, saya kata, dari segi dakwah, tidak perlu samak sekalipun jika terpegang najis ini, kerana samak adalah persoalan mazhab. Malu juga kadang-kadang apabila kita membeli rumah atau kedai bukan Islam, kita samak seluruh bangunan untuk mendapatkan ‘kesuciannya’. Publisiti dibuat secara besar-besaran, sehingga mempamerkan bahawa agama Islam ini ‘menyusahkan’.

Bayangkan saudara baharu yang baharu sahaja memeluk Islam, kita suruh dia balik ke rumah ibu bapa dan bertindak menyamak seluruh rumahnya. Implikasi terhadap dakwah terlalu besar. Islam itu mudah.

Kita begitu bersungguh-sungguh soal samak, tetapi tidak bersungguh dalam perkara haram yang lain, yang lebih besar mudaratnya. Misalnya, fitnah-memfitnah, mengadu-domba, memutuskan tali silaturrahim, rasuah, judi, riba, arak dan sebagainya. Ini adalah dosa melibatkan orang ramai dan bertali-temali. Berbanding memakan atau mungkin termakan babi, yang merupakan dosa individu, yang mudah diampunkan Allah jika bertaubat (nasuha).

Hujah ini bukan bermakna kita boleh bertoleransi dengan ultra kiasu yang secara sengaja memasukkan babi dalam makanan kita. Kepada ultra kiasu yang menyeru kepada perpaduan dan mahu hidup aman damai, kenapa tidak tampil ke hadapan bersama orang Islam mengutuk perbuatan terkutuk ini? Kenapa senyap sunyi? Adakah kerana sekapal? Jangan cakap sahaja pandai.

Ingatan saya kepada umat Islam; Pertama, jangan terlalu teruja dengan makanan yang dikeluarkan oleh ultra kiasu. Carilah makanan umat Islam dahulu dan terjamin halalnya. Sedap ini adalah persoalan masuk ke anak tekak sahaja. Bila masuk ke perut, hilanglah rasa sedap itu.

Saya amat hairan kepada orang Islam, begitu ghairah pergi ke kedai ultra kiasu walaupun tidak ada sijil halal dari JAKIM, seperti kedai yong tau foo, kopitiam yang pernah terjumpa kaki katak, kedai kek campur arak dan banyak lagi. Adakah kita tidak ada pilihan?


Saya tidak akan menjejak kaki ke kedai makanan ultra kiasu jika tidak ada pengesahan halal JAKIM. Tidak kira hebat  macam manapun. Sama seperti sedap berzina. Hanya seketika sedapnya. Haram tetap haram.

Kedua, berhati-hatilah dengan ultra kiasu. Mereka adalah kalangan yang licik dan busuk hati. Saya tidak kata semua, tetapi segelintir. Mereka tahu kita ada undang-undang halal. Mereka tahu prosedur halal dan mendapat sijil halal, tetapi kenapa mereka masih lakukan?

Ketiga, berasaskan pengalaman saya yang pernah menternak dan memakan babi sebelum Islam, minyak babi adalah antara bahan ‘terbaik’ pengilat, penahan dan penyedap, berbanding dengan minyak atau lemak lain. Jika ada makanan yang berkilat seperti mee, kek dan lain-lain, tidak mustahil telah dicampur dengan makanan haram.

Justeru berhati-hatilah. Tidak siapa menolak keamanan dan perpaduan, tetapi golongan ultra kiasu yang busuk hati mesti diberi pengajaran. Apakah fenomena Melayu baharu yang bersekongkol dengan ultra kiasu hari ini adalah kaitannya dengan isu ini? 

No comments:

Post a Comment