Tuesday, 3 June 2014

KETUA BALAI ROGOL REMAJA DI DALAM PEJABAT BALAI POLIS DIPENJARA 15 TAHUN DAN 8 SEBATAN.... BERBALOI.!!!


Perbuatan keji seorang bekas ketua balai polis yang merogol seorang remaja di dalam pejabatnya lima tahun lalu, menerima padah hari ini apabila dia dihukum penjara 15 tahun dan sebatan lapan kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang berpangkat Sarjan Mejar, Mahmad Bidin, 57, setelah didapati bersalah merogol mangsa di dalam pejabat Ketua Balai Polis Binjai di sini pada pukul 2.30 petang, 15 Oktober 2009.


Mahmad yang kini digantung tugas dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah ketika pertama kali didakwa di mahkamah pada 31 Oktober 2012.

Dia yang menetap di perumahan polis Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed.

Terdahulu, Ahmad Salam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam memandangkan tertuduh merupakan penjawat awam.

"Saya juga mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersifat pengajaran dan pencegahan kepada masyarakat," katanya.

Selepas hukuman dijatuhkan, pihak pembelaan memberitahu akan membuat rayuan dan memohon pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan.

Sukri turut memohon anak guamnya diberi ikat jamin sementara menunggu rayuan dengan alasan Mahmad tidak pernah gagal hadir ke mahkamah sebelum ini.

Mohd. Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh berserta seorang penjamin dengan syarat ikat jamin itu berkuat kuasa selepas notis rayu­an difailkan.

No comments:

Post a Comment