Tuesday, 24 June 2014

HANYA THE HERRALD DI LARANG GUNA KALIMAH ALLAH.... LAIN-LAIN PENERBITAN...???


SEMALAM, selepas keputusan Mahkamah Persekutuan  diumumkan, ramai yang bersorak gembira dengan bersyukur kononnya kita telah menang.


BENAR.... Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalah mingguan The Herrald.  Tetapi....Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam hanya menghalang gereja dari menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah The Herrald sahaja. Ianya  bermaksud bahawa medium lain selain The Herrald, masih bebas menggunakan kalimah Allah tersebut.

Oleh yang demikian, jika nanti kita terjumpa atau diberitahu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam medium lain.....jangan biarkan.  Kita lah yg kena saman mereka semula. 

Saman dan saman dan saman. Never ending battle. But we must win the war. Never give up bro! (kata sahabat facebook aku yang juga seorang peguam  Buzze Azam )

No comments:

Post a Comment