ORANG JAHIL SAHAJA YANG TIDAK SOKONG PERLAKSANAAN HUDUD.... SAPA YANG JAHIL ???
Serdang, 17 Jun - Pihak yang tidak menyokong perlaksanaan undang-undang Hudud serta memperlekehkan hukum Islam berkenaan, merupakan orang yang jahil. Itu antara kandungan teks ucapan Presiden PAS, Hadi Awang yang dibacakan oleh AJK PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dalam satu seminar di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mereka ini sebenarnya telah gagal memahami hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan orang untuk melakukan kesalahan. Sebab itu katanya ada dikalangan tertentu yang mengatakan seperti "jika undang-undang hudud ini dilaksana, maka ramailah kena potong tangan".
"Apa yang sebenarnya berlaku, ramai kalangan penjenayah akan bertaubat," kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar Tegak Syariat Islam (Tegas). Hadi juga menyifatkan undang-undang jenayah syariah seperti Hudud bersifat mendidik dan bukannya menghukum. Menurut beliau dan sebab itu jugalah syarat untuk melaksanakan hukum Hudud adalah ketat dan bukan sewenang-wenangnya dijalankan.
Katanya, hudud mempunyai syarat yang ketat sebelum seseorang pesalah itu dijatuhkan hukuman manakala hakim perlu mencari jalan seboleh mungkin membebaskan pesalah. "Perjuangan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam ini perlu didahului dengan ilmu dan kesedaran."
Beberapa hari lepas, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan bersedia untuk sama-sama menyertai jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu. Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada jawatankuasa teknikal untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil dari Kelantan. -UtaraNews.com
Errr....bukan ke Hadi Awang sedang tembak rakan sekutu politiknya ???
Errr....bukan ke Hadi Awang sedang tembak rakan sekutu politiknya ???
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete