Sunday, 29 June 2014

FIKIRKANLAH.... JIHAD UNTUK IBUBAPA LEBIH PENTING ATAU JIHAD UNTUK SYRIA ???


Ibu kepada seorang lelaki berusia 22 tahun yang sudah ke Syria untuk menyertai jihad di sana memerangi rejim Presiden Syria Bashar al-Assad, menyeru kerajaan melakukan sesuatu menghalang lebih ramai belia muda ke sana.

“Dia sebenarnya tidak memahami erti jihad sebenar, dia sudah terpengaruh dengan beberapa pihak tertentu,” kata Rozini Talib.

Beliau berkata dalam laporan laman web StraitsTimes.com. Rozini berkata anaknya telah meninggalkan negara ini dan berlepas ke Syria bersama Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang turut dipercayai berfungsi sebagai pengebom bunuh diri.

Wanita itu yang hanya seorang suri rumah, berkata anaknya kini menggunakan nama Salman Al Farisi kali terakhir berhubung dengan keluarganya pada 15 Jun lepas.

Beliau turut tidak tahu, Salman menyertai kumpulan jihad mana dan juga siapa rakan-rakannya di sana.

Pada temubual itu, Rozini enggan mendedahkan nama anaknya tetapi, memanggil Salman dengan panggilan “Along” kerana dia merupakan anak sulung dalam keluarga, atau nama panggilannya Syafiq.

Dalam satu lagi laporan New Straits Times pada 23 Jun lepas. Rozini berkata apa faedahnya anaknya pergi ke Syria sedangkan beliau berendam air mata menantikan kepulangan anaknya itu setiap hari?

Kini, wanita itu kerap keluar masuk hospital menerima rawatan kerana kesihatan jantungnya. Menurutnya, Salman memberitahunya keputusan untuk ke Syria pada penghujung Februari lepas untuk menyertai satu misi kemanusiaan, dan tidak pulang sejak itu.

“Saya berkata padanya, jangan pergi kerana saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh hidup.. Saya tidak sangka dia nekad dan pergi ke Syria untuk berperang.

“Saya kerap mengingatkannya bahawa membantu keluarganya di sini juga merupakan satu antara amalan jihad dalam Islam, tetapi hatinya sudah tetap untuk meninggalkan kami, apa yang dia mahukan ialah mati syahid,” katanya.

Sejak konflik di Syria meletus yang menyaksikan kedegilan Presiden Bashar enggan meletakkan jawatan, begitu ramai belia muda Malaysia yang berlepas ke Syria untuk menyertai jihad dengan harapan dapat pahala mati syahid.

Antaranya termasuk pemimpin parti PAS dan juga seorang bekas pemain muzik kumpulan Rock tanah air.


Komen aku : Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [Surah Luqman ayat: 14]
Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]
So tak perlu la nak jihad-jihad ke Syria, Mesir atau jadi pengebom berani mati pun, kononnya nak rebut 'keistimewaan' mati syahid kalau ibubapa sendiri berendam airmata kerana perbuatan kita tu... FIKIR-FIKIRKANLAH...

No comments:

Post a Comment