Sunday, 22 June 2014

DUA PEMUDA DIPENJARA KERANA LEMPAR BABI KE DALAM MASJID DI SCOTLAND


Dua individu yang melontar babi ke dalam sebuah masjid di Scotland pada Januari tahun lalu, dihukum penjara oleh sebuah mahkamah di sini, semalam.
Douglas Cruikshank, 39, dihukum penjara selama sembilan bulan dan Chelsea Lambie, 18, dipenjara selama 12 bulan di pusat tahanan juvana selepas didapati bersalah mengancam dan mengganggu keselamatan orang lain ekoran serangan tersebut di Masjid Pusat Edinburgh.

Mahkamah turut mendapati kedua-dua lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan berhaluan kanan, Liga Pertahanan Scotland yang anti-Islam.

"Masyarakat Islam merupakan sebahagian penduduk penting di Scotland dan tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan pada zaman moden negara ini," kata pendakwa raya, John Logue selepas hukuman dibacakan. - AFP


Itu di Scotland.... di Malaysia ???

1 comment:

  1. sebijik dengan perangai PUAK PENDATANG DI MALAYSIA...orang putih pun tau adab agama tetapi di MALAYSIA kalau anak PENDATANG buat macam ni nanti masuk dalam TV kes ditutup dianggap selesai kerana pemuda berketurunan pendatang ni terkhilaf...dan menyesal...

    ReplyDelete