Wednesday, 18 June 2014

DATUK PADUKA RAHMAH OTHMAN DI PUSAT JAGAAN ORANG-ORANG TUA ???


MASIH INGAT LAGI dengan Datuk Paduka Rahmah Othman seorang ahli politik veteran UMNO/Barisan Nasional. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad.



Khabar terkini mengenai beliau di sisa-sisa usianya kini adalah dikatakan telah diletakkan dibawah jagaan sebuah rumah orang-orang tua, DEMENTIA HOMECARE CENTRE SDN BHD, Teluk Panglima Garang,Klang, Selangor oleh anak-anak beliau sejak bulan Ogos tahun lepas kerana dikatakan mengidap penyakit alzheimer berat dan kadangkala tidak dapat dikawal sehingga menyusahkan orang sekelilingnya..


Itulah nasib seorang pejuang...dan seorang ibu... Benar kata orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak itu belum tentu mampu nak jaga seorang ibu.. Apapun didoakan yang terbaik buat beliau...itu nasib dan suratan hidup beliau..... nasib kita belum tentu lagi.... Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment