Thursday, 26 June 2014

BN MUNGKIR JANJI MOU DENGAN HINDRAF.... WAYTHA AKAN HERET KE MAHKAMAH ???


MELBOURNE 26 Jun - Pengeerusi Hindraf P Waythamoorthy mendakwa akan mengheret Barisan Nasional (BN) ke peringkat mahkamah sekiranya tidak melaksanakan peruntukan yang dijanjikan didalam Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Hindraf, April tahun lalu.

Menurut Waytha, Mou tersebut tertakluk di bawah perjanjian bersama dan boleh dikenakan tindakan sekiranya perjanjian tersebut tidak ditunaikan.

"Tidak semestinya saya meletakkan jawatan (sebagai menteri) mereka (BN) tidak perlu menunaikan janji mereka.

"Kita (Hindraf) akan bawa mereka ke mahkamah tetapi dalam masa dua bulan kes ini akan dibuang dan segalanya akan dilupakan. Tetapi kita tidak akan perputus asa," katanya dalam ucapannya di sebuah majlis di sini, hari ini.

Sebelum mengikat perjanjian bersama BN, Hindraf mengemukakan untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan mengadakan 25 perjumpaan tertutup namun pakatan pembangkang enggan bekerjasama serta menolak enam permintaan Hindraf.

"Pada penghujung perbincangan (bersama PR) kita (Hindraf) hanya mahu mereka bersetuju untuk satu perkara sahaja namun mereka enggan," ujar Waytha.

Beliau walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perjanjian bersama PR.

Pada April 2013, komuniti India dibawah Hindraf menandatangani MoU mengandungi perjanjian BN membela masyarkat India di samping menjadikan Waytha sebagai Senator untuk dijadikan sebagai menteri.

Namun, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Waytha meletakkan jawatannya sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal membela nasib masyarakat India.

MoU yang ditandatangani antara Hindraf dan BN mengikat empat resolusi daripada enam yang dituntut pertubuhan tersebut. rakyatnews.com

No comments:

Post a Comment