Friday, 27 June 2014

'BLACKOUT TERANCANG' PUNCA KEKALAHAN KHALID IBRAHIM ???


Laman sosial pro PKR, archidea.cronixx menimbulkan satu persoalan kenapakah berlaku ‘blackout’ semasa pengiraan kertas undi pemilihan Cabang Kuala Selangor yang diadakan semalam di ibu pejabat PKR.
“Pengundian yang tidak telus..Pengiraan kertas undi juga tidak telus..Pengurusan perjalanan pemilihan juga tidak telus.
“Dah menipu sejak awal lagi maka beginilah bani penipu menganggap orang lain turut menipu.., “dakwa laman sosial itu.


Komen archidea.cronixx disambut Shahida Serikandi Jb dengan berkata keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kalah kepada S. Manikavasagam sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor adalah tidak relevan.
“Keputusan yang tidak releven selepas blackout sewaktu sedang mengira undi.
“Semua petugas diarahkan keluar semasa blackout.
“Bila naik semula kiraan berubah.
“Siapa yg harus dipersalahkan? Tnb? Bn? Hq? Pemimpin?,” soalnya.
Secara sinis, Shahida Serikandi Jb turut menukilkan pantun enam kerat untuk kejadian itu.
Ketuk dulang paku serpih,
Tepuk dada tanya selera,
Kesucian telah dinodai,
Kepercayaan telah dikhianati,
Kini tiada lagi erti,
Hanya gelaran baling kerusi.
Perkara sama turut diulas oleh Yusup Kamaruddin.
Menurutnya kekalahan Abdul Khalid telah dirancang secara sistematik oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.
“JPP berjaya aibkan Tan Sri Khalid…Blackout berjaya menambah undi lawan mengalahkan beliau sabagai ketua cabang.
“Dari awal permainan hanturaya untuk aibkan Tan Sri Khalid…orang yang didapati bersalah dan digantung tetiba dibebaskan dan dibenarkan bertanding.
“Orang yang menyokong Tan Sri Khalid dicabang dipecat dengan alasan yang sengaja direkacipta.
Akhirnya…blackout hanya berlaku di tempat mengira undi sahaja dan hasilnya…undi sudah berubah…
“JPP WAJIB LETAK JAWATAN ANDAI KAMU BUKAN ANJING AZMIN,”katanya.
The Star hari ini melaporkan Abdul Khalid telah dikalahkan oleh S. Manikavasagam untuk jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.
Manikavasagam berjaya meraih 701 undi menewaskan Khalid yang mendapat 515 undi
Manikavasagam menang kerana beliau dilihat sebagai calon tertindas selepas digantung keahlian parti selama beberapa minggu ekoran beliau lantang bercakap tentang penentangan terhadap politik wang.
Khalid didakwa Manikavasagam sebagai seorang yang mengamalkan politik wang, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Besar Selangor itu.
Walau bagaimanapun, penggantungan keahlian Manickavasagam kemudiannya dibatalkan untuk membolehkan beliau kembali bertanding dan muncul sebagai pemenang menentang Khalid yang merupakan penyandang jawatan di cabang tersebut.
Sebaliknya, Ibrahim Mahidin yang didakwa sebagai ‘orang tengah’ dalam pengaturan politik wang bagi pihak Abdul Khalid telah dipecat daripada PKR.
Selain itu, seorang lagi orang Abdul Khalid, Mustapha Mohd Talib telah digantung keahlian parti pada pertengahan Mei lalu.
Sehingga kini, penggantungan keahlian Mustapha yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan parti.  - mymassa

No comments:

Post a Comment