Thursday, 5 June 2014

ASTAGHAFIRULLAHAL'AZIM..... SPESIS GAY BUAT 'PROJEK' DALAM JAMBAN KETIKA KHUTBAH JUMAAT SEDANG BERLANGSUNG !!!


Paparan kisah ini disediakan oleh seorang wartawan bersama seorang rakan (jurugambar) yang sanggup ponteng solat Jumaat semata-mata hendak sekodeng golongan songsang yang sedang buat projek didalam sebuah tandas awam (pada hari Jumaat) ketika solat Jumaat dilangsungkan semata-mata hendak mendapatkan cerita. 


Sedikit sebanyak perangai wartawan dengan golongan songsang yang buat projek tak jauh bezanya kerana mereka sama-sama ponteng menunaikan solat Jumaat pada hari itu.

Pada saya bukan hari jumaat sahaja, tetapi setiap hari (terutama pada hari minggu atau cuti) dimana-mana baik dalam mahu pun diluar negara, tandas awam sememangnya ada berlaku aktiviti begini. Kegiatan melempiaskan nafsu didalam tandas awam seperti satu kebiasaan dikalangan golongan songsang. 

Bagi golongan ini, hal seperti ini mungkin sudah menjadi kebiasaan ianya normal bagi mereka, tetapi hal seperti ini merupakan sesuatu yang luar biasa bagi kalangan orang normal diluar sana.

Teringat saya kisah bagaimana penyanyi "George Michael" yang kantoi cuba mengoda seorang lelaki (kalau tidak silap saya seorang polis) dalam sebuah tandas awam di London sehingga beliau didakwa. Sepekara lagi, saya mengakui perbuatan segelintir golongan songsang ini yang buat projek dalam tandas awam sememang salah, terutama salah dari segi agama. Itu tidak boleh dinafikan.

Perlu diingat ramai golongan songsang walaupun mempunyai naluri sedemikian tetapi mereka masih dapat mengawal diri dari tidak melakukan walau dan tidak pernah terjebak walau sekali pun melakukan aktiviti seks sejenis, malah ramai yang terus berusaha mengawal diri cuba berubah menjadi sesempurna mungkin di mata Allah dan masyarakat.

Pendedahan wartawan memaparkan kisah ini juga ada baiknya untuk memberitahu masyarakat mengenai aktiviti ini, pendedahan ini mungkin hanya kurang daripada 1% dari keseluruhan yang didedahkan ada berlaku didalam negara kita. 

Tetapi saya tidak beberapa setuju dengan berbagai panggilan yang ditulis merujuk kepada golongan ini, cukuplah dengan hanya panggilan songsang atau gay sahaja tetapi jangan berlebihan sehingga dipanggil haprak, umat nabi Lut, macam kambing-kambing jantan, macam muka pecah rumah, macam kerang busuk, species kaum sodom dan sebagainya. Kalaulah boleh perkataan mencarut ditulis saya pasti perkataan-perkataan itu akan diguna pakai bagi mengambarkan golongan ini dalam artikel tersebut.

Antara isi kandung dalam kisah "Beromen dalam Jamban" seperti ini, 

- “Dahlah projek kat tempat kotor, time pulak masa orang Islam beribadat. Buat malu kaum saja,” kata Joe marah-marah. 

- Waktu itu saya terfikir yang saya perlu keluar dari tandas demi keselamatan. Lagi pun saya teringat kata Joe, spesies haprak itu buat “projek” dalam jamban. Mereka tutup pintu, lepaskan air paip supaya bunyi-bunyian ek ok ek ok tak kedengaran dari luar. Selesai “projek” baru mereka keluar.

- Ketika azan (Jumaat) di masjid sedang berkumandang, saya (wartawan) dan Farid (jurugambar) keluar dari kereta dan berjalan semula ke tandas. Melihat saya keluar, lelaki tadi juga keluar dari keretanya dan mengekori dari belakang. 

- “I ni tak kisah. Apa pun i boleh. Semua terpulang pada you. Kalau you pandai layan i, you pun akan dapat nikmat. Yang penting, macam mana nak naikkan nafsu i. Kalau ok layanan, you akan puas,” dia memberi kuthbah songsang pada saya ketika khatib di masjid memberi nasihat berguna.

Sumber

No comments:

Post a Comment