Friday, 13 June 2014

ANGGOTA TLDM ANTARA MILITAN YANG DITANGKAP DI SABAH ???

Mukasurat 1 -  kenyataan media dari PDRM oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Zinin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung penahanan 3 orang suspek militan di Sandakan Sabah hari ini. Kesemua mereka ditahan oleh oleh Unit Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman susulan daripada operasi tangkapan ke atas 12 anasir militan sejak 28 april 2014 lalu.


Mukasurat 2 -  kenyataan media dari PDRM oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Zinin

Dalam kenyataan media 2 muka surat tersebut , salah seorang suspek militan berkenaan merupakan seorang anggota kanan kumpulan militan yang pernah mendapat latihan dari Kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina manakala 2 daripada mereka salah seorangnya merupakan anggota TLDM yang bertugas di Sandakan Sabah dipercayai membantu suspek pertama masuk ke Sabah secara haram pada 11 Jun lalu dan memberi perlindungan.

No comments:

Post a Comment