Sunday, 4 May 2014

WORLD CUP 2014 : PASUKAN ALGERIA MAHU PENGANJUR SEDIAKAN AL-QURAN DI SETIAP BILIK PENGINAPAN PEMAIN MEREKA


ALGIERS -  Algeria merupakan salah satu negara berpenduduk majoriti muslim yang menjadi peserta Piala Dunia 2014 di Brazil.

Ada permintaan khusus yang disampaikan Algeria saat mereka tampil di Piala Dunia 2014 di Brazil, yakni disediakan kitab suci Al Quran di semua bilik hotel yang akan ditempati para pemain dan staf pelatih.

Permintaan itu dirasa sangat wajar, mengingat sekitar 99 peratus masyarakat Algeria beragama Islam. Dengan adanya Al-Quran, para pemain dan staf pelatih tidak perlu lagi bersusah-susah membawa Al-Quran saat menuju Brazil.

Permintaan khusus juga dilakukan oleh skuad bolasepak Perancis. Les Bleus meminta pihak hotel menyediakan masakan halal karena ada beberapa pemain yang beragama Islam, seperti Samir Nasri, Karim Benzema dan Franck Ribery. - MIK

**Mudah2an jika permintaan itu dipenuhi pihak penganjur.... Al-Quran itu dimanfaatkan sepenuhnya dan bukannya sekadar jadi perhiasan bilik hotel sahaj...

No comments:

Post a Comment