Sunday, 11 May 2014

TERESA KOK BONGKAR MUSLIHAT PAS MAHU LAKSANAKAN HUDUD !!!

Presiden PAS telah pun mengeluarkan kenyataan media ( Lihat di sini  ) bahawa parti tersebut telah menarik balik hasrat untuk memperjuangkan hudud. Bukan itu sahaja, sebelumnya Teresa Kok sendiri telah 'mengaibkan' PAS dengan membongkar muslihat PASyang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum tersebut. Siapa sebenarnya yang menghalang PAS??? Fikirlah sendiri....!!! 




“Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

“Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud. Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang,” demikian penjelasan pemimpn DAP itu sebagaimana disiarkan oleh portal online Malaysiakini.

Pendedahan oleh Teresa Kok itu memang cukup menarik dan ia adalah bukti nyata yang mengesahkan kewujudan muslihat jahat PAS dalam memperalatkan isu hudud untuk tujuan politik. Persoalannya siapakah pemimpin PAS yang membuat pengakuan tersebut? Tentu ramai yang ingin tahu.

Apapun dengan terbongkarnya niat sebenar PAS itu secara tidak langsung membenarkan dakwaan UMNO selama ini bahawa PAS sengaja memperalatkan isu hudud untuk menarik perhatian pengundi Melayu Islam dan bukannya kerana takut kepada Allah SWT apatah lagi demi nak menjaga martabat Islam. 

No comments:

Post a Comment