Wednesday, 14 May 2014

SURAT PENGUMUMAN KELUAR UMNO TIDAK SAH.. 3 ADUN TERENGGANU MASIH AHLI UMNO.. SEHINGGA.....???


Kadang pelik dah lama jadi ahli UMNO tatacara peratutan partipun boleh lupa bila nafsu marah kuasai akal? Jangan terlampau marah sangat lihat di atas.


Pelik bukan kata tahap menteri itupun mereka boleh melatah. Bagi pemimpin2 UMNO, PPM nak ingatkan tentang niat asal kita berjuang. 

Jika kita sekalipun kita kecewa dgn pemimpin, kita tak kecewa dgn perjuangan. Kita berjuang kerana kita yakin dan kerana Allah; 

Bila niat perjuangan sudah diqasadkan kerana Allah, takkan lah kita nak kecewa, takkan kita nak kecewa dgn Allah dan kecewa kerana tak puas hati dgn Allah. 

Walaupun kami hanyalah pejuang diluar papan catur ahli tertinggi tetapi janganlah hampakan kami yang siang malam mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional. -  PecahPalakMikir

No comments:

Post a Comment