Tuesday, 6 May 2014

SELEBRITI LELAKI KACAK DAN TERSOHOR MASIH BUJANG ..... RUPA-RUPANYA 'SONGSANG'.......


Berita ni aku dapat dari Soseh Soseh @ Harian Metro ...... Usia sudah lanjut tapi masih belum berkahwin. Bagi SS, kalau soal jodoh, ajal dan maut memanglah susah nak jawab sebab itu di luar bidang kuasa manusia, kerana itu rahsia Yang Maha Esa.


Kawan SS masa kolej dulu beratur lelaki nak mana tidaknya cantik bak ‘supermodel’ tapi sampai sekarang, walaupun masih cantik dan bergetah tapi masih belum lagi kahwin. Yang tak ‘hot’ zaman kolej siap anak berderet, yang kahwin lebih sekali pun ada.

Berbalik pada isu yang SS ingin perkatakan ini berhubung seorang artis lelaki yang cukup tersohor dan diminati ramai. Usianya sudah lewat tetapi sampai sekarang masih belum berkahwin. Bukan parasnya tidak kacak, malah, memang wajah-wajah kesayangan isteri dan mentua.

Ada gosip mengatakan dia ini haluan kiri atau homoseksual tetapi hal sebegitu tidak pernah diendahkannya.

Antara percaya dengan tidak, tapi SS terkadang kuat juga terperdaya dengan berita hangat disampaikan sumber dalam industri hiburan.

Di dalam satu acara hiburan baru-baru ini, teman lelaki artis itu khabarnya turut diundang menonton persembahan yang membabitkan selebriti tadi. Kata sumber SS, jejaka bersama selebriti popular itu adalah teman sekolah lama dan mereka bertemu kembali selepas lama terpisah.

Pertemuan itu membibitkan perasaan cinta dan SS diberitahu hubu­ngan ‘unik’ mereka itu sudah melebihi dua tahun.  Sempat juga SS melihat foto teman lelaki selebriti tadi dan daripada cara ‘posing’ memang me­nyerlah ciri-ciri feminin.

Iyalah memang perasaan dan naluri hati tidak boleh dipaksa-paksa tetapi SS hanya mampu mendoakan agar suatu hari selebriti itu terbuka hati untuk menerima cinta daripada seorang perempuan.  Kalau ada zuriat mesti comel, lagipun sifatnya yang santun pasti wanita bahagia di sampingnya.

No comments:

Post a Comment