Segelintir artis Malaysia sekarang budaya hidupnya saling tak tumpah seperti artis Barat. Baik lelaki dan wanita, apabila bercerita bab seks tak ‘cover’ langsung! Kadang-kadang SS rasa malu dan segan.
Yalah, orang tua-tua kita dulu jika sebut saja benda tak baik kena tegur, kadang-kadang kena tampar pun pernah.
Isu yang SS nak ceritakan ini ada kaitan dengan seorang pelakon wanita jelita.
Dia ketika ini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki kacak yang juga dalam kalangan selebriti. SS memang tak nafikan kekasihnya itu memang kacak, kalau wanita lain tengok mesti cair hatinya.
Pelakon ini memang sudah asyik sangat dengan kekasihnya itu. Pantang kawan tanya mengenai teman lelakinya, senyuman terukir hingga ke pangkal telinga. Tak jumpa sehari, rindu dendam sampai nak demam.
Yang SS tak boleh tahan, dia siap cerita betapa hebat teman lelakinya itu di atas ranjang. Tanpa rasa malu, dia bercerita dengan cukup terperinci ‘babak’ dia bersama kekasihnya itu kepada temannya.
Hal-hal ‘dalam kain’ tak usahlah bercerita pada orang kerana itu membuka aib sendiri apatah lagi yang belum berkahwin sepertinya. Sekarang ramai yang sudah tahu statusnya bukan lagi anak dara walaupun belum berkahwin.
Mungkin kata-kata SS ini dianggap sebagai kolot oleh anak muda masa kini yang kebanyakannya ‘test drive’ dulu sebelum kahwin, tetapi apapun amalan kehidupan mereka, tak usahlah mendedahkan aib sendiri atau berbangga dengan perlakuan salah yang dilakukan. Ia berdosa. Ingatlah dengan Yang Maha Esa yang setiap masa mendengar dan memerhati perbuatan kita.
Soseh Soseh @ Harian Metro
Apa pempuan la pelakon tu.... sundal siottt!!!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete