Wednesday, 7 May 2014

PANASZZZ !!! MENTERI BESAR TERENGGANU DAN PERAK AKAN DITUKAR ???!!!


Apa yang dikecohkan selama ini memang ada benarnya bahawa ada tangan-tangan ghaib dibelakang yang membuat keputusan pertukaran menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Terkini dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sudah sibuk membuat persiapan dan 'rehearsal' untuk dilantik menjadi menteri besar Terengganu yang baru dan perkara ini sudah disahkan oleh pucuk pimpinan tertinggi di Putrajaya.

Proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal hanya setahun sahaja selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi hanya separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.


Sementara itu Perak pula tidak terlepas daripada pandangan Perdana Menteri kerana pada PRU13 yang lalu hanya memperolehi 31 daripada 59 kerusi Dun dan ini mencerminkan pentadbiran kurang mantap kepimpinan negeri mengatasi masalah ini. Jika kepimpinan ini masih dikekalkan untuk menghadapi PRU14 nanti kemungkinan besar pembangkang akan berjaya merampas negeri Perak daripada Barisan Nasional.

Terdapat juga beberapa insiden sabotaj dalaman yang berlaku dikalangan pemimpin umno sendiri walaupun tidak boleh dibuktikan secara teknikal tetapi hakikatnya rakyat tahu apa yang berlaku pada PRU13 yang lalu.

Ada Adun yang tidak disukai oleh mereka telah kalah akibat sabotaj dalaman yang sukar untuk dibicarakan secara terbuka. 

Bagaimana pun ada yang bertepuk tangan kegirangan di Bangunan Umno apabila mengetahui ada Adun Umno yang tidak disukai mereka kalah..... 

Bukan itu sahaja mereka juga mengupah orang perseorangan untuk melawan dengan Adun Umno yang tidak disukai mereka demi untuk memecah undi sokongan setempat.

Perak perlu perubahan pucuk pimpinan baru demi untuk menghadapi PRU14 yang dianggap lebih sengit dengan insiden sabotaj dalaman.

Pada PRU13 yang lalu Dun Perak yang mempunyai 59 kerusi telah dimenangi oleh BN 31 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 5 dan Pas 5.

Dun Terengganu pula BN 17 (32),  Pas 14 (29), PKR 1 (6), Bebas 0 (5).


Realiti atau sekadar khabar angin...??? Kita tunggu dan lihat.............................

No comments:

Post a Comment