Thursday, 8 May 2014

MAYAT BAYI KEPUNYAAN PELAJAR TINGKATAN 4 DI DALAM TANGKI 'FLUSH' TANDAS KLINIK KESIHATAN BUTTERWORTH


Pada jam lebih kurang 9.10 am Polis telah terima panggilan telefon dari doktor pegawai perubatan klinik kesihatan Butterworth memberitahu telah jumpa mayat bayi di dalam "flush" tandas dalam klinik tersebut. Bayi tersebut ditemui oleh 1 perempuan Melayu iaitu orang awam yang pergi dapatkan rawatan.

Hasil siasatan dapati bayi tersebut telah ditemui oleh orang awam yang datang untuk dapatkan rawatan. Bayi ditemui selepas dapati 'flush' tersebut tiada air dan selepas penutup flush dibuka telah nampak badan bayi dalam keadaan duduk dan terus beritahu staff klinik.

Bayi tersebut adalah bayi lelaki dijangkakan dalam lingkungan umur 7 bulan dan berat 1.7 kg. Tali pusat telah dipotong. Pegawai perubatan menjangkakan bayi telah dilahirkan dalam tempoh 1 hari. Bayi telah dibawa ke hospital seberang jaya untuk Post Mortem.

Tindakan pegawai penyiasat seterusnya,

1. Rakam percakapan saksi-saksi.
2. Pemeriksaan CCTV dan senarai daftar pesakit dan pelawat di klinik berkenaan yg mendapatkan rawatan.
3. Hantar mayat ke HSJ untuk bedah siasat, kenalpasti sebab kematian dan kumpul sampel DNA.
4. Kesan dan tangkap emak kepada mayat bayi tersebut.

Siasataan diteruskan dan seorang pelajar sekolah tingkatan 4, berbangsa Melayu, berumur 16 tahun telah ditangkap di sebuah kampung di Butterworth Pulau Pinang pd jam 1430 hrs oleh team D9 IPD KEPALA BATAS.

Pengakuan suspek:

Saspek telah mengaku melahirkan bayi lelaki di dalam tandas perempuan Klinik Kesihatan Butterworth pada 6/5/2014 jam lebih kurang 0900am dan telah menyembunyikannya di dalam tangki air tandas.

Disebabkan panik saspek telah bertindak demikian. Saspek akan di bawa ke hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Sumber: Facebook Warga Prihatin

No comments:

Post a Comment