Friday, 16 May 2014
LELAKI BERKOPIAH PUTIH MEMANAH ANJING... ???
PETALING JAYA - Lelaki yang mencederakan anjing dengan dua anak panah di Taman Sinaran, Taming Jaya telah disoal siasat di rumahnya oleh polis, petang Rabu.
Menurut seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang enggan dikenali, mereka telah menerima arahan dari ibu pejabat polis Selangor untuk menyiasat perkara itu.
Pegawai itu juga enggan mendedahkan sama ada lelaki itu disiasat kerana memiliki peralatan memanah, anak panah untuk mendera haiwan.
“Kita tidak boleh mendedahkan apa-apa pada masa ini kerana kes itu sedang disiasat,” kata pegawai polis itu.
Lelaki itu telah memanah dan mencederakan anjing yang berada di pintu pagar rumahnya dan enggan berdedar dan satu anak panah mengenai bahagian kaki depan manakala satu lagi di bahgaian belakang.
Pencinta haiwan bergegas membawa anjing itu ke klinik veterinar di mana ia menerima rawatan awal.
Pengurus projek MDDB Melinda Joy Gomez berkata anjing itu dianggarkan berusia kira-kira 12 tahun dan juga separuh buta, lapor mStar.
Itulah manusia paling bodoh dan dungu.. Sedangkan pelacur yang memberi minum kepada anjing Allah janjikan syurga.. Apa dosa anjing tu?
ReplyDelete