Sunday, 18 May 2014

GEMPAR !! SEJADAH 'DUDUK TAHIYYAT AKHIR' !!!


Sehelai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat duduk Tahiyat Akhir.

Aku yang baru pulang dari Telok Intan, Perak malam tadi dikejutkan dengan panggilan telefon yang memberitahu di rumahnya ada sejadah duduk Solat Tahiyat Akhir. Terkejut dengan maklumat tersebut, aku dan seorang rakan terus pergi ke rumah beliau.



Sampai dirumah jiran rumah Arwah Mak aku, aku terus disambut oleh Saudara Aman Omar dan menjemput masuk melihat sendiri kejadian tersebut.

Menurut tuan rumah, Saudara Aman Omar,  kejadian itu dimaklumkan oleh adik iparnya yang secara tidak sengaja terjumpa sejadah tersebut apabila membuka lampu bilik, sejurus selepas anak saudaranya habis solat.

"Bila dia, Zaleha (adik ipar) mahu buka lampu bilik, dia terperasan sesuatu nampak seperti tangan di dalam bilik yang gelap itu. Apabila lampu dibuka dia terkejut bila nampak sejadah tertegak seperti dalam keadaan duduk Tahiyat Akhir dalam solat. kata Aman ketika ditemubual.

Kejadian tersebut berlaku di Kampong Tanjong Keramat, Kuala Selangor. (Depan Tasik dekat Makam Anak Dara)

Keadaan Sejadah kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi kami tiba tadi.

Memang pelik dan mungkin ada ramai yang tidak percaya tetapi aku hanya melaporkan apa yang aku lihat. Percaya atau tidak terpulang kepada invidu tetapi bagi aku jika Allah SWT mahu menunjukkan kuasanya memang tiada yang mustahil kerana Dialah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui Segala-galanya. 

-  PDTM

No comments:

Post a Comment