Saturday, 24 May 2014

( FOTO ) : TENDANGAN 'MAUT' PENJAGA GOL KELAB INDONESIA KE ATAS PEMAIN LAWAN !!!

Inilah tendangan ‘maut’ yang dilakukan Agus Rohman terhadap Akli Fairuz hingga membawa kematian kepada mangsa.

Penjaga gol Indonesia yang menendang perut seorang penyerang lawan sehingga meninggal dunia dalam satu perlawanan liga negara itu melahirkan rasa kesal dengan apa yang telah berlaku.

Agus Rohman yang menerima ugutan bunuh selepas menyebabkan Akli Fairuz, 27, maut selepas perlawanan tersebut menyifatkan beliau tidak seharusnya dipersalahkan seorang sahaja.

Beliau mengatakan bantuan perubatan yang dilakukan turut dikatakan sebagai penyumbang kepada kematian Fairuz.

Rohman memberitahu AFP bahawa beliau tidak berhenti bersedih atas kejadian itu.

“Saya tidak pernah berniat untuk mencederakan atau membunuh pemain pasukan lawan dan kejadian yang berlaku benar-benar membuatkan saya menyesali dengan apa yang berlaku,” kata pemain yang berusia 34 tahun itu.

“Mengapa harus dia (Fairuz) meninggal dunia daripada kejadian itu dan saya benar-benar meminta maaf kepada semua terutamanya keluarga Akli,”.

Fairuz maut beberapa hari selepas perlawanan yang berlangsung pada 10 Mei itu merencatkan situasi bola sepak Indonesia yang telah ditekan dengan pelbagai permasalahan yang berlaku beberapa tahun belakangan ini seperti krisis kepemimpinan hinggalah kepada kejadian-kejadian beberapa pemain import yang meninggal dunia selepas mengadu tidak dibayar gaji mereka.

Insiden terbaru ini berlaku ketika pasukan yang diwakili Rohman, PSAP Sigli bertemu pasukan yang diwakili Fairuz iaitu Persiraja Banda Aceh di Banda Aceh, barat Pulau Sumatera.

Kedua-dua kelab tersebut bermain di Divisyen Premier Liga Indonesia yang merupakan liga divisyen dua negara itu.

Rakaman video memaparkan Fairuz sedang cuba berlari di dalam kotak penaltipasukan lawan untuk membuat tendangan setelah bola tersebut melantun daripada tangan Rohman.



Detik-detik insiden itu berlaku.

Namun, penjaga gawang tersebut meluru laju dan menendang Fairuz di perut sehingga menyebabkan Fairuz terpaksa dikejarkan ke hospital.

Fairuz bagaimanapun meninggal dunia pada Mei 16 disebabkan kecederaan parah pada ususnya.

Rohman menjelaskan bahawa tendangan tersebut “tidak kasar” dan “tidak boleh dielakkan” dan menjelaskan Fairuz masih sempat menyaksikan perlawanan tersebut di tepi padang sebelum dibawa ke hospital.

“Saya tidak dapat menerima jika kesalahan ini diletakkan di bahu saya seorang,” kata beliau sambil menambah bahawa keadaan Fairuz semakin teruk selepas menjalani pembedahan.

Penjaga gawang tersebut dijangka akan menemui pegawai daripada Persatuan Bola Sepak Indonesia yang telah menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.  - Astro Awani

No comments:

Post a Comment