Friday, 16 May 2014

DYANA SOFYA PERNAH TINGGAL SERUMAH DENGAN TEMAN LELAKI ???


Menjadi calon politik bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak halangan dan rintangan yang perlu dihadapi apatah lagi jika seseorang calon itu tidak selari dengan lawannya secara nyata dan jelas.



Nama Dyana Sofea secara tiba-tiba menjadi popular ketika Bukit Gelugor sekarang dalam proses berkempen. Mana tidaknya, selepas ini akan tiba pula penamaan calon di Teluk Intan, makan nama Dyana Sofea kembali menghangat suasana politik selepas beliau diangkat menjadi Setiausaha Politik Lim Kit Siang.

Baru sahaja beberapa hari lepas, sekeping foto wanita mirip wajah beliau yang hanya memakai bikini tersebar (wanita tersebut kemudiaanya disahkan adalah seorang pelakon dari Filipina) kini timbul pula kisah beliau bersekedudukan dengan teman lelaki sebelum menjawat jawatan sekarang.

Blog The Selangor Chronicle menceritakan serba sedikit situasi sebelum Dyana Sofea bergelar ahli politik, latar belakang akademik beliau hinggalah kisah percintaan beliau.

Antara penulisan blog tersebut termasuklah:



Bekas teman lelakinya pula bernama FAIRUZ AZHAN AMIRRUDDIN. Dalam gambar ini bersama-sama Lim Kit Siang ini, Fairuz Azhan Amirruddin duduk paling kiri.

Sewaktu Dyana practise law pada tahun 2011-2013 iaitu sebelum dia mengikut Lim Kit Siang ke Johor, Dyana dan Fairuz tinggal serumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Turut tinggal di rumah berkenaan adalah abang keduanya, Dyrul Sharytz. Dyrul yang telah pun bertugas di MIDA, menanggung sewa rumah.

Hubungan antara Dyana dengan Fairuz Azhan telah pun putus. Baca lagi di blog berkenaan.

Pilihan Anda

No comments:

Post a Comment