Tuesday, 8 April 2014

TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY DIBATALKAN !!!!... DIBATALKAN FAHAM TAK ???!!!!!


KUALA LUMPUR 8 April :

Tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membatalkan penganjuran "Topless Friday Beach Party" yang dilihat boleh merosakkan akidah amat dihargai.



Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Datuk Harun berkata, ucapan penghargaan dan tahniah perlu dipanjangkan kepada Tengku Mansor yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan itu kerana berjaya membatalkan parti liar yang boleh merosakkan akidah anak muda Islam.



"Pihak kami telah menghubungi Tengku Adnan, dan kami telah dimaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan segala kuasa pembatalan yang ada ke atas parti tersebut," katanya dalam satu kenyataannya hari ini. Tambahnya, penganjuran parti yang tidak bermoral seumpama itu perlu ditentang olehsemua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak muda terutamanya orang Islam yang jelas boleh meruntuhkan akhlak.

"Pergerakan Pemuda Umno juga ingin mengingatkan mana-mana penganjur dalam negara ini agar tidak menganjurkan parti sebeegitu pada masa akan datang dan perlu menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan," ujarnya.

Beliau turut meminta agar pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pelancongan dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sentias berwaspada agar penganjuran parti seperti ini tidak 'terlepas' dari pandangan.


*** Jangan ada puak-puak DAP  or bukan Islam yang menyalak-nyalak lepas ni ye.... Fahami sensitivi agama dalam negara ini yang telah termaktub bahawa Islam adalah agama persekutuan !!!

No comments:

Post a Comment