Tuesday, 22 April 2014

RUMAHTANGGA ADAM AF - FIZA ELITE GOYAH ???


Fiza Elite khabarnya telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan permohonan cerai. Namun seperti biasa, desas-desus itu tidak disahkan oleh Fiza mahupun Adam. Kedua-duanya mengambil langkah berdiam diri.


Adam AF dalam satu kenyataan kepada mStar Online berkata beliau meminta maaf kerana tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkembangan terbaru ini dan meminta semua memberikan mereka ruang selain mendoakan yang terbaik.

“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya.

Mereka berdua juga khabarnya sudah sepakat untuk tidak mengeluarkan apa apa kenyataan buat masa ini dan meminta semua pihak agar memahami keadaan mereka.

Namun menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Fiza Elite telah memberikan sedikit bayangan mengenai keadaan rumah tangganya. Menerusi bait-bait ayat yang ditulisnya, banyak pihak membuat anggapan bahawa memang benar rumah tangga Fiza dan Adam sedang bergolak. Tulis Fiza:-



Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.
Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.
Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.
Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin

No comments:

Post a Comment