Wednesday, 23 April 2014

PROJEK LANGAT 2 : TANDATANGAN KERJASAMA SEKADAR GIMIK POLITIK PKR UNTUK PRK N25 KAJANG ???


KUALA LUMPUR 23 April :

Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin menyifatkan kepimpinan pakatan di Negeri Selangor telah memainkan politik jahat dalam isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 berikutan keputusan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang menolak usul kelmarin.

Megat berkata, tandatangan kerjasama yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan gimik politik semata-mata sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang.

"Kita dapat melihat kononnya Menteri Besar menurunkan tandatangan untuk menjalinkan kerjasama dan bersetuju untuk Langat 2 diteruskan namun ia hanyalah satu gimik politik sahaja.

"Tidak ada masalah untuk main politik tetapi dia perlu ingat bahawa ini adalah masalah rakyat, rakyat sedang menderita," katanya ketika ditemui Rakyat News pada sidang Dewan Negara di Parlimen di sini hari ini.

Jelas Megat, apa yang Pakatan Rakyat (PR) buat pada hari ini merupakan satu tindakan politik yang tidak boleh diterima berikutan  PR tidak merasai penderitaan rakyat bagi golongan bawah.

Tambahnya lagi, beliau juga turut mengikuti perkembangan perbahasan sidang DUN Selangor yang mempersoalkan mengenai tender Langat 2.

"Kononnya tender itu nak diberikan kepada siapa? Ianya mesti dibuat secara terbuka.

"Mereka perlu ingat bahawa Langat 2 bukan dilaksanakan masa zaman waktu mereka memerintah. Ianya telah dibuat tendernya sebelum mereka memerintah," katanya.

Di samping itu, beliau turut mempersoalkan dimana perginya negeri kebajikan yang menjaga kepentingan rakyat yang cara tindakannya tidak menggambarkan mereka merasai penderitaan rakyat di negeri Selangor.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor telah menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.

No comments:

Post a Comment