Thursday, 10 April 2014

PROFESSOR 'RAMAS DADA PELAJAR' DISIASAT POLIS


“Setakat ini saya tidak boleh memberi kenyataan sebab ianya masih dalam siasatan”

Itulah status terbaru Prof Izzi di laman Facebook rasminya hari ini yang dilihat enggan memberikan sebarang comment mengenai dakwaan dirinya #menca-bul seorang pelajar wanita UiTM Arau.


Susulan dari kenyataan prof itu, ramai yang memberikan pendapat adalah lebih baik profesor Izzi berterus terang dari mengheret perkara ini ke arah yang lebih jauh sekaligus mencemarkan nama dirinya sebagai pakar perunding motivasi ternama.

Kata seorang likers page beliau:

“kalau tak bersalah cuba bagi penjelasan, sekurang-kurangnya tak ada orang akan buat tomahan yang bukan-bukan lagi. Ini berdiam diri, menyebabkan ramai yang akan berdosa melemparkan tuduhan”…

Blog mazidul akmal sidek pula melaporkan...... Sehubungan itu, saya menghubungi Ketua Polis Daerah,  IPD Arau, Superintendan Mohd Nazri Hussien untuk mendapatkan penjelasan.

"Pihak polis telah merakamkan kenyataan pengadu dan kini berusaha mengesan beberapa saksi di Perlis dan di luar Perlis. Semalam, suspek dipanggil,  hadir di IPD Arau, kenyataannya direkod untuk melengkapkan siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, mencabul. Pegawai Penyiasat kes kemudian akan menyerahkan kertas siasatan lengkap  kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," ulas beliau.

Mohd Nazri dihubungi pada jam 12.40 tengah hari tadi. 

No comments:

Post a Comment