Sunday, 13 April 2014

PEMILIK TUDUNG FAREEDA HIDUNG TINGGI ???!!!


Dilaporkan baru-baru ini dalam mStar, Pelakon Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.

Mawar (atau wakilnya @ suaminya) telah memberikan komen 'berlagak' dan 'takbur' di dalam laman facebook miliknya :


Difahamkan sebelum ni, syarikat pengeluar tudung terkenal dengan jenama Fareeda (terkenal juga mahal harganya) pernah timbulkan kontroversi apabila perniagaan mereka dikatakan tiada kene mengena dengan urusan dakwah atau keagamaan... Admin berpendapat, dari kenyataan tersebut ternyata Fareeda hanya bisnes 'fesyen' tudung.... maksudnya, tudung yang dijualnya itu semata-mata untuk berfesyen dan bukanya untuk mendorong dan menggalakkan wanita agar menutup aurat !!! 


Perniagaan maju, sukses... terkenal... admin harap jangan la keluar kenyataan membangga-banggakan diri.  Tahulah bila perniagaan sukses, tentunya empunya gedung pun kaya-raya dan mampu beli 'segalanya'.... harga tudung setakat cecah 3 angka apa ada hal kan.. Tapi ingatlah, harta itu datang dari rezeki Allah. Dalam sekelip mata, ianya boleh hilang dan musnah! Kun fayakun......

Tak perlu malu dan rasa tercabar... mohon maaf dan insaflah...


***Ternuata sukses dalam perniagaan tidak bermakna individu itu matang dalam menghadapi kerenah dan kritikan dari pelanggan !!!

No comments:

Post a Comment