Wednesday, 30 April 2014

MAHKAMAH ARAH MUSTAFA ALI BAYAR RM 100 RIBU KEPADA FELDA


KUALA LUMPUR 30 April : 
Mahkamah Tinggi KL hari ini memerintahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah dan empat yang lain membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini selepas konglomerat perladangan itu menang tuntutan samannya terhadap mereka.



Felda memfailkan saman itu pada 7 Januari 2013 ekoran ucapan Mazlan dalam satu perhimpunan haram di hadapan pejabat Felda pada 23 November 2012 yang turut disiarkan dalam akaun laman sosial Facebook beliau bertajuk ‘Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel’.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong bagaimanapun memutuskan kes Felda terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ditolak setelah defendan pertama itu berjaya membuktikan kenyataan pembelaannya bahawa kenyataan tersebut dibuat di bawah perlindungan dan suatu komen yang berpatutan. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment