Thursday, 17 April 2014

KONTROVERSI KEMATIAN KARPAL SINGH !!!

KEMATIAN MP Bukit Gelugor dalam kemalangan ngeri awal pagi tadi di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, ternyata telah mewarnai kontroversi demi kontroversi di dalam media sosial hari ini.  Yang pertama dicetuskan oleh Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri (DR. MAZA) yang tidak semena-mena mengucapkan 'tahniah' di atas kematian mendiang Karpal Singh. Dikatakan ianya adalah satu kesilapan menaip (error typing) dan beliau telah membetulkannya tetapi tiada permohonan maaf dari beliau kepada keluarga mendiang telah direkodkan.



Dari Naib Presiden PERKASA Zulkifli Noordin pula, beliau seperti 'lega' dengan kematian bekas Presiden DAP itu. Zulkifli Noordin malah percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal. Lihat petikan beliau di laman sosial miliknya :


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin membidas Zulkiflee Noordin dengan menulis, "Shut up. Really, shut up."


Kontroversi terakhir pagi tadi diakhiri dengan tulisan MP Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, di media sosial Facebook yang menyiar gambar mayat mendiang Karpal Singh. Turut disiarkan adalah gambar keratan akhbar memuatkan laporan berhubung kenyataan Karpal, 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian MP DAP tersebut ke atas pembentukan negara Islam. Datuk Nawawi menulis dengan nada bergurau, "Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama hehe."

sumber asal  :  CTS

No comments:

Post a Comment