Tuesday, 22 April 2014

KENAPA NAMA AL-BUKHARY DIPADAM DARI PAPANTANDA ???


xpix_gal0.pagespeed.ic.1e_T42dlBY
ALOR SETAR: Tindakan pengurusan Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) mengubah suai beberapa blok bangunannya dan mengisi blok yang sebelum ini kosong dengan kelengkapan serta perabot menimbulkan tanda tanya pelajarnya.


Pelajar juga mendakwa keliru dengan tindakan AiU memadamkan nama Al Bukhary pada tiga papan tanda blok bangunan Pusat Rawatan Al Bukhary, Souq Al Bukhary dan Singgahan Al Bukhary.

Mereka berkata, ia menimbulkan tanggapan bahawa pusat itu kini sudah beralih tangan kepada pihak lain dan bukannya ditutup seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Tinjauan BH semalam, mendapati nama ‘Al Bukhary’ yang sebelum ini tertera pada tiga bangunan itu sudah dipadam namun tidak diketahui tujuannya.

Wakil pelajar, Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, berkata apa dilihat mereka menguatkan lagi kemungkinan AiU sebenarnya sudah beralih tangan.

Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan kenyataan pengurusan sebelum ini bahawa AiU ditutup atas masalah yang tidak dapat dielak.

“Bagaimanapun, jika dilihat pada perkembangan terkini ia seolah-olah sedang dipersiapkan untuk tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan pembelajaran juga.

Tidak tahu nasib

“Saya tidak faham apa yang berlaku sebenarnya dan apa nasib kami selepas ini… apa yang berlaku kini amat bertentangan dengan pengumuman awal bahawa AiU ditutup.

“Tindakan kami membawa kes ini ke mahkamah juga mendapat kecaman sedangkan kami hanya mahu AiU mematuhi peraturan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Raimy berkata, pengurusan AiU sepatutnya berjumpa dan berbincang dengan mereka mengenai kedudukan sebenar selain memberi cukup masa berdasarkan peruntukan undang-undang memastikan apa saja perancangan berjalan lancar.

Bimbang status AiU

Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar ketika dihubungi melahirkan rasa bimbang mengenai kedudukan terkini AiU kerana ia boleh menjejaskan masa depan anaknya.

Rokiah Osman, 48, dari Kampung Baru, Bedong di sini, berkata biarpun kecewa dan sedih kerana harapan melihat anaknya menggenggam segulung ijazah selepas hampir empat tahun belajar di AiU, namun dia reda dengan apa yang berlaku.

“Saya harap yang baik dan penyelesaian secara damai serta mengikut peraturan yang sudah sedia termaktub dalam negara ini.

“Sejak anak saya memasuki AiU pada 2010, saya meletak harapan yang tinggi agar dia dapat menamatkan pelajarannya, tetapi apa daya walaupun tempohnya hanya tinggal setahun lagi harapan itu musnah sama sekali.

“Memang sedih dan kecewa tetapi saya serah kepada anak untuk membuat keputusan mengenai masa depannya sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment