Monday, 14 April 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN SAHKAN UNIVERSITI AL-BUKHORY DITUTUP


PUTRAJAYA :

Kementerian Pendidikan menyatakan mereka sudah menerima surat penutupan operasi daripada Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) yang beroperasi di Alor Setar, Kedah.


Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ketika ditemui sebentar tadi tidak dapat menjelaskan punca sehingga membawa kepada penutupan operasi universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary itu.

Idris berkata, pihaknya kini sedang memantau supaya kebajikan pelajar dan kakitangan universiti berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, pihaknya sedang melakukan tinjauan dan perbincangan dengan pihak universiti itu terutama membabitkan masa depan pelajar dan kebajikan kakitangan termasuk pensyarahnya.

“Apa lebih mustahak nasib setiap pelajar dan pensyarah mendapat pembelaan.

“Semua pelajar akan ditempatkan ke universiti lain berdasarkan kursus diambil,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan sumbangan dana pendidikan Persatuan Alumni UiTM di sini sebentar tadi.

Difahamkan seramai 600 pelajar kebanyakannya pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan.

Baca juga : 600 PELAJAR RESAH UNIVERSITI AL-BUKHORY DI TUTUP

No comments:

Post a Comment