Tuesday, 29 April 2014

KEJAM !!! POLIS GEORGETOWN BAKAR 'ANU' BUDAK LELAKI BERUMUR 14 TAHUN !!!


GEORGETOWN - Penduduk Guyana terkejut dan marah selepas kemaluan seorang budak lelaki berusia 14 tahun melecur akibat dibakar dalam insiden terbaru melibatkan kekejaman polis di negara Amerika Selatan itu, lapor sebuah akhbar semalam. 

Saudara mara mangsa dan beberapa pertubuhan hak asasi berkata, budak lelaki itu disiksa di balai polis Leonora, pedalaman Guyana setelah dia ditahan pada minggu ini berhubung satu kes bunuh.

"Polis mencurah sedikit cecair mudah terbakar pada kemaluan budak itu dan membakarnya. Mereka kemudian mencucuh api rokok pada mulutnya. Tidak cukup dengan itu, mereka turut membelasah mangsa hingga lembik," kata kenyataan Persatuan Hak Asasi Manusia Guyana.

Susulan insiden kejam itu, dua pegawai polis telah ditahan untuk soal siasat kelmarin.

Polis di negara yang diperintah oleh Presiden Bharrat Jagdeo itu sebelum ini kerap dikecam kerana didakwa gemar menyiksa suspek.

Guyana iaitu bekas tanah jajahan British, dihuni oleh 750, 000 orang penduduk. 

*** Suspen! Ingat kan Georgtown kat kerajaan Guan Eng !  Hukuman paling 'afdal' kepada 2 orang polis tu ialah.... curah petrol kat kemaluannya, kemudian curah juga kat mulutnya, pastu cucuh dgn mancis...zassssss!!!!!

No comments:

Post a Comment