Thursday, 10 April 2014

KECOH PASAL KOS PENJAGAAN PANDA DARI CHINA !!!


Puak Pakatan Pembangkang macam biasa... akan buat kecoh dan memperbesar-besarkan isu yang mereka sendiri tidak faham dan tidak menyelidikinya.. Admin percaya post di atas adalah berikutan berita dari keratan akhbar berikut :



Puak pembangkang kalau tak menipu rakyat macam tak sah hidup mereka. Seronok sangat mereka jika dapat buat propa murahan picisan kononnya Malaysia menyewa panda (beruang) dengan harga RM 25 juta.

Panda itu hanya dipinjamkan oleh China kepada Malaysia sebagai tanda simbolik perhubungan pelbagai hala diplomatik antara 2 negara iaitu Malaysia-China yang ke 40.

Kos penjagaan dan penyediaan tempat sarang Panda yang perlu ditempatkan di dalam persekitaran suhu sejuk adalah sebanyak RM2.5 juta setahun. Kos RM25 juta diperlukan untuk tempoh sepuluh tahun.

Bagaimanapun kos RM25 juta tersebut ditaja oleh syarikat-syarikat kedua-dua negara yang terlibat dalam perbagai aktiviti perniagaan.

Ianya bukan dibiayai dengan menggunakan duit kerajaan atau duit rakyat.

Untuk pengetahuan simbolik disebalik hadiah Panda ini adalah :

  • China mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sekutu yang dipercayai dan dihormatinya
  • Malaysia adalah antara beberapa negara yang telah mendapat keistimewaan penghormatan seperti itu.
  • Cina mengiktiraf Malaysia secara global dalam perhubungan diplomatik pelbagai hala.



Pasangan Panda Dari China Tiba Di Zoo Negara Minggu Depan

KUALA LUMPUR 10 April - Selepas dua tahun menanti, akhirnya pasangan panda, Fu Wa dan Fengyi akan mula menjalani  kehidupan baharu di Zoo Negara, mulai minggu depan.
 
Haiwan yang menjadi lambang kebanggaan China itu dijangka tiba pada Rabu depan menggunakan MAS kargo.
 
Sumber memaklumkan, kehadiran pasangan panda itu sekali gus menolak spekulasi kononnya ia ditangguhkan atas sebab tragedi yang menimpa MH370, di mana majoriti penumpang dari negara berkenaan.
 
"Majlis khas akan diadakan sebaik panda itu tiba ke sini minggu depan. Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan nama untuk kedua-dua panda berkenaan," katanya kepada mStar online di sini, Khamis.
 
Sehingga kini, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang pakar dalam penjagaan panda sudah menjalani latihan di negara kelahiran haiwan berkenaan.
 
Bagi memastikan panda itu dapat hidup selesa di persekitaran baharu, pihak China juga menghantar pegawainya ke sini selama sebulan untuk memantau perkembangan semasa Fu Wa dan Fengyi.
 
Pasangan panda itu dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun sebagai simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini. Malahan, ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

No comments:

Post a Comment