Monday, 14 April 2014

'KAK MI TAK BOLEH TERIMA PEREMPUAN TAK TUTUP RAMBUT AKAN MASUK NERAKA'


Itulah kata-kata lantang dari Raja Azmi apabila ditanya wartawan mengapa tidak menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan umrah. Beliau juga berkata mahu mencukupkan solat lima waktu dahulu kerana baginya itu lebih penting.


Tak apalah kalau dia tidak kisah orang tahu solatnya 'koyak-rabak' pada usia sudah 55 tahun, namun ayat seterusnya dari mulut pengarah dan produser filem ini agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama.

Raja Azmi dirakam berkata, “Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak penting.

Kenyataan itu agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama.

“Kalau betul (tak pakai tudung) satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak Mi tak boleh terimalah semua tu.”

Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu.

Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap lantang Raja Azmi menjawab, “Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh.”

Itulah yang boleh dikatakan terhadap komen berani mati yang dikeluarkan oleh Raja Azmi dalam program hiburan terbitan TV9, Galaksi.

Apa pun marilah kita sama-sama berdoa semoga Raja Azmi dan kita semua sentiasa diberikan hidayah olehNya. Sumber asal : MYNEWSHUB

*** Berikut dipaparkan hadis sahih dan maksud ayat Al-Quran mengenai kewajipan menutup aurat oleh kaum muslimah :

Rasulullah bersabda,
"Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk surga dan tiada mencium semerbak harumnya." (HR. Abu Daud)

Rasulullah bersabda,

"Tidak diterima sholat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (jilbab)."(HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

 Al-Qur’an surat Annur (24):31
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (Ind: jilbab)nya ke dadanya…’”
Raja Azmi..... baca2lah Al-Quran selalu.. mudah2an dilembutkan hati dan diberikan hidayahNya...

No comments:

Post a Comment