Thursday, 17 April 2014

INI DIA SENARAI SAMAN ALPHARD KS 9898 !!!


Kereta Toyota Alphard yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh awal pagi tadi dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 29 saman trafik dengan 15 daripadanya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju.

Senarai saman trafik melibatkan kenderaan tersebut kini menjadi viral di laman Facebook susulan tragedi di Kilometer 301 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar yang menggemparkan arena politik tanahair.

1. Keadaan jalan lurus / mendaki bukit 
2. Cuaca baik / gelap tanpa lampu 
3. Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan. 
4. Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas seperti dibawah:




Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi tadi, Karpal yang juga peguam kanan terbunuh dalam nahas yang turut mengorbankan pembantu peribadinya, Michael Cornandez manakala anaknya, Ram Karpal cedera parah.

Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila Toyota Alphard yang dinaikinya dipandu terlalu laju hingga hilang kawalan sebelum merempuh bahagian kanan sebuah lori yang sarat dengan muatan simen dan besi.

Beberapa laporan memetik kenyataan Ketua Polis Perak bahawa hasil keputusan ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu lori yang terlibat didapati positif ganja tetapi keputusan itu tidak konklusif.



Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh di kediamannya di Jalan Utama, Kebun Bunga, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment