Wednesday, 16 April 2014

AWAS !!! 2 WANITA MELAYU PENGASAS SISTERS IN ISLAM DI MALAYSIA ???


Mungkin dalam seminggu dua ini ramai yang menerima pautan melalui FB atau video melalui Whatsapp berhubung rakaman video solat yang diimamkan oleh seorang wanita sambil membuat terjemahan selari dalam bacaan solatnya.

Pada asalnya saya tidaklah mahu popularkan video tersebut dibimbangi nanti ada kot yang terpengaruh atau tidak semena-mena memberi lonjakan kepada capaian video tersebut. Namun, beberapa sahabat memberi pandangan bahawa perlu ada penjelasan berhubung kesesatan yang dilakukan dalam video tersebut supaya dapat kita fahami dan ambil iktibar darinya.
Rakaman video tersebut adalah solat Aidil Fitri tahun 1433 (August, 2012) di Los Angeles. Solat yang diimamkan oleh Jamila Ezzani adalah dari kumpulan Muslim for Progressive Values (MPV) yang dipengerusikan oleh Ani Zonneveld (berbaju batik merah jambu (pink) tanpa tudung kepala - kanan sekali). Ani ini mungkin ramai yang kenali melalui lagunya "Insya Allah" dalam bahasa Inggeris – tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau adalah seorang liberalis totok dan pengamal kahwin campur dengan bukan Muslim.
Kesesatan jemaah ini terlalu jelas dalam solat mereka. Ini adalah kerana pemikiran liberal melampau yang mahukan kebebasan dari sebarang asas-asas hukum yang telah disepakati.
Kumpulan MPV ini diasaskan bersama oleh Ani dan Pamela Taylor. Pamela Taylor merupakan seorang lagi yang galak dalam kesesatan mahu mengimamkan solat untuk golongan lelaki. Beliau dilaporkan pertama kali menjadi imam kepada lelaki sekitar bulan May 2005. Rakaman gambar beliau menjadi imamah solat Aidil Adha tahun 2010 (sebelah) jelas diikuti sama oleh golongan lelaki yang keliru dan wanita yang tidak bertudung.
Kedua-dua mereka ini terlibat dengan satu pertubuhan liberal lain sebelum ini, Progressive Muslim Union of North America (PMU), bersama Amina Wadud. Namun akibat perbalahan dalaman kumpulan tersebut berpecah sebelum tertubuhnya MPV. Amina Wadud merupakan wanita yang pertama di zaman moden ini yang berani menunjukkan keangkuhan menentang hukum syarak untuk menjadi imam kepada golongan lelaki dalam solat Jumaat dengan penuh publisiti di Virginia Commonwealth University, New York, pada 18 March 2005. Beliau kemudian mengulanginya lagi di Oxford, England, pada tahun 2008.
Aminah Wadud adalah orang yang terlibat sama dalam penubuhan SIS Forum Sdn Bhd (Perhatian: SIS – bukan bermaksud Sisters in Islam (SII) tapi Sisters In Sins), bersama Zainah Anwar.
Zainah Anwar pula adalah merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat kumpulan MPV. Dan bersama dalam kumpulan MPV ini adalah seorang yang mengaku imam, Daayiee Abdullah. Beliau bukan sahaja mengaku pengamal homosek tetapi turut mengamal pluralisme agama dengan "pasangan" gaynya adalah seorang beragama Kristian.
Rangkaian puak-puak liberal sesat ini menjangkau jauh dan meliputi jaringan antarabangsa. Selain SIS, kesesatan sebegini turut didokong oleh Islamic Renaissance Front, IRF, di Malaysia. Ianya juga dituruti sama pelbagai NGO lagi termasuk IKD, MEGC dan beberapa individu populis lain. Semua kononnya mengguna jenama Islam untuk menyelewengkan aqidah umat.
Sama-sama kita doa agar Allah Azzawalla memberi hidayah kepada mereka untuk kembali ke jalan benar. Semoga anak-cucu kita dihindari dari gejala kesesatan ini. Amin Ya Rabb.
KREDIT : akarimomar

No comments:

Post a Comment