Sunday, 30 March 2014

SAHIH ANWAR IBRAHIM PRESIDEN PKR YANG BAHARU... !!!


1. Seluruh kepimpinan PKR terpaksa menyapu kembali ludah hijau pekat yang terpalik ke muka masing-masing apabila berlakunya sandiwara ultimatum suami lawan isteri untuk jawatan Presiden PKR.


2. Sungguh memalukan apabila selama ini mereka menunding jari dan menyalahkan parti UMNO / BN kononnya mengamalkan kronisme dan nepotisme.

3. Tetapi mereka sendiri menyerlahkan satu parti anak beranak laki lawan bini. Sungguh memalukan.

4. Dan kenapakah pencalonan Wan Azizah boleh diterima?
Mengikut perlembagaan PKR, Wan Azizah tidak mungkin lagi menjadi presiden kerana mencapai tempoh maksima, 3 penggal berturut-turut menyandang jawatan itu.seterusnya

5. Wan Azizah telah menjadi Presiden PKR sejak 4 April 1999 iaitu 15 tahun yang dulu. Dan mana-mana pertubuhan parti politik diwajibkan mengadakan pemilihan parti setiap 5 tahun sekali. 

6. Jika benar, pemilihan PKR kali ini adalah penggal ke-4 untuk Wan Azizah. Maka pencalonan beliau sepatutnya terbatal secara automatik dan Anwar Ibrahim adalah Presiden PKR yang baru tanpa perlu sandiwara 'laki lawan bini' yang memualkan rakyat Malaysia. 

7. Anda baca juga ulasan ini :

Keadaan itu menimbulkan persoalan, apakah pertembungan itu benar-benar akan berlaku atau ia sekadar satu lagi sandiwara politik oleh PKR dalam usaha memastikan jawatan presiden tidak dikuasai oleh individu lain. 


Pemerhati politik melihat, langkah Dr. Wan Azizah untuk mempertahankan jawatan itu dengan dicabar oleh Anwar sebagai 'insurans' memandangkan Anwar masih dalam peringkat rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadi, Saiful Bukhari Azlan. 
Pada 2007, Dr. Wan Azizah turut bertanding bersama Anwar bagi jawatan yang sama dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bertindak sebagai 'insurans' kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.seterusnya
8. Kita tunggu respons kepimpinan tertinggi PKR tentang perlembagaan parti yang tidak memungkinkan Wan Azizah menjadi Presiden parti lagi. 

9. Jika benar, ianya bukan sahaja memalukan tetapi menyerlahkan ketidakmampuan mereka mentadbir parti PKR sama seperti kepimpinan tertinggi DAP yang gagal melaksanakan pemilihan parti yang baik.

10. Jika parti pun kelam-kabut, ada hati mereka mahu bertanding negara!

11. Dalam masa yang sama, jika isu 'laki lawan bini' ini berlaku di pihak UMNO/BN. MiM percaya seluruh kepimpinan Pakatan pembangkang akan menyerang dan memburuk-burukkan parti UMNO/BN to the fullest.

12. Mereka tidak akan memberi belas kesihan tetapi akan menghentam dan terus menghentam hingga parti UMNO/BN amat terasa kesan negatifnya dengan gerakan Pakatan pembangkang itu. 

13. MiM tidak terkejut jika media-media barat seperti CNN dan FoxNews akan turut menyiarkannya untuk menambahburukkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia.

14. Malangnya, di manakah suara seluruh kepimpinan UMNO/BN di dalam isu 'laki lawan bini' PKR ini?


sumber

No comments:

Post a Comment