Monday, 10 March 2014

#PRAYFORMH370 - NELAYAN LIHAT PESAWAT TERBANG RENDAH MENUJU TENGAH LAUTAN


Seorang nelayan di Kota Bharu mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan awal pagi kelmarin.
 
Azid Ibrahim, 66, berkata dia yang membawa lima kaki pancing ke kawasan itu, melihat pesawat tersebut terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut kira-kira jam 1.30 pagi, lapor Sinar Harian hari ini. "Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia terbang lebih rendah daripada biasa.''

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan dibawah awan. itu saya hairan," kata seperti dilapor akhbar harian itu. Dia yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, selepas mengetahui kehilangan pesawat MH370 semalam, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam. "Saya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat)," katanya. - UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment