Friday, 28 March 2014

PESAWAT HERCULES MILIK TENTERA UDARA INDIA TERLIBAT SAR #MH370 TERHEMPAS ???


NEW DELHI : 

Sebuah pesawat kargo C-130J Hercules yang membawa lima anak kapal terhempas pada Jumaat di tengah India, kata seorang jurucakap Tentera Udara.


Kapten kumpulan, Gerard Galway berkata, Tentera Udara sedang melakukan proses pencarian lokasi kemalangan yang berlaku di pinggir Gwalior di Madhya Pradesh.

"Operasi menyelamat sedang dijalankan. Kami cuba untuk mengetahui keadaan mangsa," katanya kepada AFP.

Walau bagaimanapun, rangkaian berita NDTV India berkata, semua anak kapal yang berada di atas pesawat itu meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Pesawat itu dalam penerbangan rutin dan berlepas dari sebuah pangkalan udara di bandar pelancongan di Agra.

Pesawat operasi khas berkenaan dilaporkan pernah digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 baru-baru ini.

Ia juga digunakan dalam operasi bantuan banjir di Uttarakhand dan bagi tujuan pendaratan Daulat Beg Oldie berhampiran sempadan China, kata NDTV.

No comments:

Post a Comment