Monday, 17 March 2014

PEMANDU MAUT BAS EKSPRESS KONSORTIUM JATUH GAUNG


KAMPAR : Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Gua Tempurung dekat Kampar.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 30 kaki.

Mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres, Hasmil Arshad, 43 dari Indonesia yang berstatus penduduk tetap manakala dua mangsa yang cedera adalah penumpang masing-masing seorang lelaki, Mong Ming Chai, 48  dan seorang wanita yang dikenali sebagai Farahzela, 26.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan susulan.

Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan.

Polis difahamkan, ketika kejadian, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut.


No comments:

Post a Comment