Sunday, 23 March 2014

PASUKAN SAR #MH370 KINI BERADA DI KAWASAN PUSARAN GYRE YANG AMAT BAHAYA ....???

Kuala Lumpur : “Pasukan mencari sekarang bekerja di kawasan laut yang ada pusaran amat besar serta mampu memerangkap apa saja objek yang jatuh di dalamnya.”

Itu kata Pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah mengenai keadaan di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia yang menjadi tumpuan dunia sekarang.

Kawasan dianggap antara lokasi terpencil dunia itu menjadi perhatian selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott kelmarin mengumumkan satelit mengesan dua objek besar yang berkemungkinan ada kaitan dengan MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.

Dr Azizan berkata, saiz pusaran besar dinamakan gyre di Lautan Hindi itu amat luas dan merangkumi Sumatera, Indonesia hingga ke perairan Madagascar.

“Gyre adalah pusaran besar di permukaan laut. Semua serpihan yang terperangkap dalam gyre ini akan berpusing dan diapung oleh arus.

No comments:

Post a Comment