Saturday, 22 March 2014

PANGGILAN MISTERI KAPTEN ZAHARIE KEPADA SESEORANG SEBELUM #MH370 BERLEPAS... ???


AIDCNews – 21/3/14 – Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas, lapormynewshub.

Memetik sumber media United Kingdom, satu laporan menyebut penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac.
Maklumat itu diharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.
Harian Metro, 18 Mac melaporkan elemen ugutan yang mungkin diterima dua juruterbang pesawat MH370 sebelum menaiki pesawat turut menjadi skop siasatan terbaru pihak berkuasa berdasarkan pelbagai maklumat dikumpul setakat ini.
Menurut sumber, skop siasatan itu akan diperluaskan termasuk menyiasat telefon bimbit, pesanan e-mel, laman sosial serta alat telekomunikasi lain dimiliki dua juruterbang pesawat MH370 yang memungkinkan mereka diugut sebelum menerbangkan pesawat itu.

Sumber berkata, pihak berkuasa turut menjalankan siasatan ke atas ahli keluarga terdekat kedua-dua juruterbang terbabit bagi mendapatkan lebih maklumat.
“Elemen ugutan ini masih dalam siasatan dan usaha mendapatkan lebih banyak petunjuk baru sedang dilakukan.
“Sekiranya perlu, kita akan periksa juga telefon bimbit milik ahli keluarga juruterbang terbabit dan alat telekomunikasi lain yang memungkinkan terdapat unsur ugutan dan ancaman diterima,” katanya.
Beliau berkata, siasatan bagaimanapun masih di peringkat awal untuk mengenal pasti motif sebenar mengapa pesawat yang dijadualkan tiba di Beijing, China itu mengubah haluannya.

LAPORAN ASTRO AWANI : 

SEPANG : Pihak penyiasat sedang meneliti petikan perbualan telefon yang dipercayai dibuat oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, beberapa minit sebelum pesawat Penerbangan Malaysia (MAS)  MH370 berlepas ke Beijing.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya hari ini mengesahkan panggilan telah dibuat oleh jurutebang pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

“Kami telah memberikan maklumat panggilan ini kepada pihak penyiasat dan mereka akan menyiasatnya,” katanya dalam sidang media di KLIA petang tadi.

Akhbar United Kingdom The Sun sebelum ini melaporkan wujud satu ‘panggilan misteri’ sejurus sebelum pesawat MH370 itu berlepas.

“Diharapkan pihak yang menerima panggilan itu dapat memberikan petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat,” lapor akhbar itu lagi.

Kapten Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid sedang disiasat bagi mengenalpasti samada mereka terbabit dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200ER  itu.

Siasatan turut merangkumisimulator pesawat milik Kapten Zaharie. Polis memaklumkan pihaknya sedang meneliti kandungan simulator terbabit dimana beberapafail dikatakan telah dipadamkanpada 3 Feb lalu.

Pasukan penyiasat tempatan dan antarabangsa kini sedang cuba untuk mengesan kembali fail yang hilang dengan harapan dapat memberikan petunjuk kepada kehilangan pesawat.

No comments:

Post a Comment